Monday 24 April 2017

Resepi Ayam Percik Sedap, Mudah dan Cepat Kegemaran Faiz Irfan FAizi

ayam percik mudah

Siapa suka makan Ayam Percik? Biasa kalau kita beli pasar dalam RM 5 yang bahagian paha tu. Sekarang dah GST, tak taw pulak harga baru kan. Hehehe Daripada keluar duit beli, apa kata masak sendiri? Sebenarnya, mudah sangat nak buat ayam percik kat rumah. So, sama-sama la belajar dari chef yang tak berapa chef ni. Hahahaha

Bahan-bahannya :






dan jangan lupa garam dan gula. Hehehe


1. Kisar bahan-bahan ini terlebih dahulu iaitu : 


1 inci halia, 
6 biji cili kering(direbus terlebih dahulu) 
2 inci kunyit hidup, 
1 kotak santan - letak half pon boleh
6 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dipotong halus) - optional







2. Hiris halus daun kunyit dan daun lima purut. Ketuk 2 batang serai.



3. Panaskan minyak dan goreng serai sehingga naik bau. 



4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.




  IKLAN  

Lazada Malaysia 


resepi ayam percik mudah

5. Agak-agak dah pecah minyak,  masukkan asam keping, ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Gaul-gaul dan letak gula dan garam sebagai penambah perasa. Iday pakai double sided pan sebab nak ayam masak cepat. Lagipon boleh tutup, so ayam tu elok diperap dalam kuah percik tadi. 



resepi ayam percik mudah

resepi ayam percik mudah

resepi ayam percik mudah

6. Agak-agak ayam dah masak, asingkan dengan kuah percik tadi. Then korang bakar la ayam percik tadi dalam double sided pan or oven. 



resepi ayam percik mudah

resepi ayam percik mudah

7. Kuah percik tadi, korang boleh masak sampai dia jadi kuning oren pekat. 

resepi ayam percik mudah

8. Bila ayam dah masak, just tuang kuah percik tadi. Simple kan. Hehehehe

resepi ayam percik mudah



resepi ayam percik mudah

Siap! Boleh makan dengan nasi! Nak makan dengan roti pon boleh. Hehehehe Mudah kan :)


Selamat memasak!


Oh korang nak beli double sided pan murah?? Boleh beli dekat link bawah ni . Murah! :)



No comments:

Post a Comment